Sunday 18 November 2007

4 PERKARA SEBELUM TIDUR ( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
  1. Sebelum khatam Al Qur'an,
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
  3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
  4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
  1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
  2. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
  4. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Sekian untuk ingatan kita bersama. Sebarkan.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Alhamdulillah,
Sihat itu jihad!

Idafizart

3 comments:

  1. ok abang usaha lagi ye...tambah lah chatroom nampak lebih bgs..hihi

    ReplyDelete
  2. aik dah berubah ye????baru nampak cantik sikit tulisannya..background pun cantik..

    ReplyDelete