Tuesday 11 December 2007

Afifah Hanani Permata Pertamaku

Tanggal 14/05/2007 anakku dilahirkan di hospital Dungun,Terengganu tepat jam 5.35pagi waktu Malaysia. Alhamdulillah anakku dilahirkan dalam keadaan yang sihat walafiat dengan beratnya 2.87kg.

Aku panjatkan kesyukuran dengan kelahiran cahaya mataku ini..yang paling menyayat hatiku sebagai isteri dan ibu apabila melihat airmata mengalir diwajah suamiku tatkala menatap wajah cahaya mata kami.Di saat suamiku melaungkan azan dan iqamat ditelinga cahaya mata kami,airmataku mengalir kegembiraan.

Kami berikan nama cahaya mata kami Afifah Hanani Binti Afizullah.

Afifah yang bermaksud suci, terpelihara semoga anakku akan mewarisi sifat-sifat yang dimiliki oleh srikandi Islam yang terbilang.

Hanani membawa maksud kesayanganku yang akan menjadi buah hati dan permata hati Ummi & Abah.

Disaat aku menyiapkan blog ni anakku sudah pun menjangkau 7bulan. Mari kita lihat aksinya sejak dari lahir hinggalah dah besor ni...hihi..

Catatan : Idah update post ni semula pada 20/01/2023 namun video2 dah missing and action. Hilang dah. hanya ada catatan sahaja. 

Idafizart
Sihat itu jihad
Pengedar Sah Shaklee 
Master Stokis MAB 
 

2 comments:

  1. Comelnya... Semoga Allah Taala menjadikan anakmu anak yang soleh...

    ReplyDelete
  2. Insya Allah k.Has...dan syukran jazilan idah ucapkan..semoga k.has jugak diberkati

    ReplyDelete