Thursday 6 January 2011

Skip 1 hari menulis...Entry hari ini :- Aktiviti Hanani

Hah tgk tajuk pun dah tahu kan idah nak tulis apa...hihi..nampaknya azam nak menulis setiap hari tidak tercapai ni.Insya ALLAH kena usaha dan usaha lagi.Kalau hari-hari menulis adakah idea akan datang ye?Ermmmmm

Oklah hari ini entry idah lebih berkisar tentang kisah2 Hanani.Ragam dan aktiviti mereka dimusim tengkujuh sekarang ini.Alhamdulillah puteri sulung Idah pun dah berumur 4thn(ikut tahun lah..kalau bulan belum lagi).Tidak seperti ibubapa yang mula menghantar anak-anak seawal usia 4tahun ke sekolah.Afifah Hanani masih belum lagi.Idah dan hubby sepakat tak hantar,so idah kena lakukan sesuatu agar Hanani idah ni tidak ketinggalan jika insya ALLAH tahun depan masuk alam persekolahan.

Hanani-hanani sekarang sudah semakin membesar dengan pelbagai perkembangannya samada dari segi sikap,perangai,kelakuan,rasa ingin tahu,minda,cara bercakap,cara berfikir dan mcm2 lagi.Terutama si kakak yang mana sentiasa menjadi ikutan pada adiknya.Apa yang kakak buat, si adik akan cuba buat.Kegemaran mereka sekarang tengok cerita kartun.Silap idah juga, pada peringkat awal telah dedahkan mereka dengan semua tu.Namun masih belum terlambat.Sebagai umminya idah perlu lakukan sesuatu.

So sekarang apa yang idah lakukan,sebagai langkah pertama mengawal waktu mereka menonton tv.Idah cuba buatkan jadual tak rasmi waktu bila mereka sesuai menonton.Insya ALLAH ummi akan lakukan nya supaya Hanani ummi membesar dalam keadaan yang terbaik.

Hari ini cuba pancing mereka dengan melakukan aktiviti melukis.Nak uji daya imaginasi mereka dua beradik yang mana kakak umur 4tahun dan adik 3tahun.




Lukisan pertama :- milik Adik Aisyah Hanani
bahan digunakan:- pen+kertas+pembaris
motif gambar :- nnt idah cerita kat bawah ye..hihi..



Lukisan kedua :- milik Kakak Afifah Hanani
bahan digunakan:- pen+kertas+pembaris
motif gambar :- nnt idah cerita kat bawah ye..hihi..

Sebenarnya kalau tengok pada lukisan-lukisan mereka berdua ni ada kisahnya..hihi..Nak tahu tak?Anak2 idah ni sekarang dah pandai minta itu ini belikan mcm2 yang berkaitan dengan dunia mereka.Terutama si kakak..Sekarang minatnya warna pink,semua benda dia nak warna pink,baju,seluar,beg,pensel,pen pendek kata semua lah.Pening kekdng tu melayan keletah si kakak.Yang paling buat rasa geram tu kalau tidak dipenuhi mula lah dia buat perangai..ermm dah pandai ye sekarang...Alamak dah melalut pulak..Ok berbalik kepada lukisan di atas..ceritanya begini:-

Sejak Sabtu lepas mereka berdua asyik minta nak pergi taman permainan seperti gambar di bawah.Oleh kerana kekadang waktu bawa mereka keluar tu masanya tidak sesuai kekdng sampai situ matahari tengah panas terik dalam jam 2-3petang,dan sekarang musim tengkujuh pulak. So boleh dkatakan hajat tidak tercapailah.Kesian pulak tengok mereka merengek dan minta sokmo2.



Jadinya hari ni mereka minta bawa lagi.Aduh sedih pulak hati ni..Hujan masih turun mencurah-curah dan lebat selebatnya.Memang bukan masa yang sesuailah nak bawa mereka keluar. Idah pun terangkan kenapa,mengapa,sebab dan semuanya.Dahlah kena catu waktu tengok tv, dengan muka yang tak puas hati si kakak ajak adiknya main.Jom ikuti perbualan mereka:-

Kakak:"Adik...jomlah kita main barang menan(mainan) lain..Ummi tak bagi tgk tv."
Adik: " jom...nak main apa kak?"
Kakak:" masak-masak...(sambil ambil peralatan mereka)...adik..adik..ni baby adik nak makan...
Adik :"hah nak makan ye...(kelaka sungguh tgk gelagat mereka berdua...)

setengah jam berlalu....
Mula datang kat meja umminya...sambil memanjat duk atas meja...

Kakak:-" ummi..ummi...kakak nak gi taman mainan lah...sonok..bolehlah ummi...tolong...tolong.."
Adik:" adik..adik..nok gi gok..jomlah ummi.."
Ummi:" tak bolehlah sayang...hujan kat luar skng ni.."
Kakak:" nnnt dah behenti hujan, leh gi?" hah ummi...ummi..
Ummi:- " ok.tapi kena tunggu hujan behenti dan bukan hari ini ye..
Kakak dan Adik:- ok ummi....(sambil mula menunjukkan aksi-aksi nak mengacau umminya..."
Ummi:- haha jom kita main lukis2 nak?
kakak dan Adik:- nak..

dalam 5minit berlalu...jeng..jeng..hasilnya mcm kat ats..
ummi :- kakak dan adik lukis apa ni?
kakak dan adik :- jambatan...
ummi:- jambatan akk petak2? yg adik pulak panjang aje...
Kakak:- a'ahlah ummi.
Adik:- adik punye ambatan gok..
kakak:- taklah ummi...adik punya gambar air...kakak punya jambatan..
ummi;:- ermmmm cantik...tapi kat mana ni?
kakak dan adik:-(jawab serentak pulak tu)...taman mainan...

oooo fahamlah ummi sekarang...imaginasi anak2 ummi rupanya masih dibayangi dengan hajat yang masih belum tertunai...
ummi:-..................ermmmm sian pulak
Esok dan Sabtu Abahnya cuti.Insya ALLAH cuba bawa mereka lepaskan apa yang mereka hajati.Insya ALLAH jika cuaca ok daan tiada halangan...oh Hanani Ummi...


Luahan rasa,
Ummu hanani
teratak 23, 1 Safar 1432H

2 comments:

  1. assalamualaikum Idah
    aktiviti dengan anak2 ni,
    ada kalanya perlu kita buat jadual kan
    nak2 bila mereka dah boleh bercakap.
    anak2 akak ni smeua lelaki (2 orang je) aduhai penat akak nak ngemas rumah ni,:)
    Bicara Hati IBu

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam kak ummu
    betul kak..mmg kena ada jadual,
    kalau bertulis lagi bgs..kita pun turut berdisplin.hihi
    idah dua2 puteri..itupun alahai sama juga aktifnya mcm kanak2 lelaki.

    ReplyDelete