Sunday 15 May 2011

Rindu Bila Berjauhan, Bercinta Hingga Ke Syurga

Bismillahirrahmanirrahim. 

Salam hujung minggu buat semua, Syukur alhamdulillah masih berada di tahap momentum versi semangat berkobar-kobar dalam menulis. Salah satu sebab ianya sebagai satu medium untuk idah meluahkan apa yang idah rasa.Hari ni juga genaplah 6hari En.Kanda outstation, hanya telefon dan email sebagai penghubung kasih dan rindu. 

Tuntuan kerja en.kanda , sebagai isteri Idah redha. Alhamdulillah masih dikurniakan rezeki daripada NYA.Semoga segala urusan en.kanda di sana dipermudahkan ALLAH...amin. Selama itu jugalah, Hanani-hanani Idah merindui Abahnya. 

Setiap hari pasti mereka akan bertanya.. "ummi....bila abah nak balik? Kakak rindulah...", si adik dengan ragamnya yang mahukan Abahnya...Bila menangis panggil abah...abah..huhuhu Sabar ye sayang pujukku.. Terasa sukar apabila menghadapi situasi ini, namun sebagai ibu, idah perlu kuat dan tabah. Idah suka ayat yang ditulis dalam blog seorang sahabat maya Insyirah Solehah..kata-katanya :-

"Nak ada anak mujahid, kena jadi ibu yang berjiwa besar! Jangan besarkan perkara remeh, kalau diri sendiri rapuh dengan emosi macammana anak nak kental."

Itulah kasih sayang yang ALLAH kurniakan kepada setiap ibubapa didunia ini. ANAK -> Harta yang paling bernilai, anugerah daripada ALLAH yang sangat tinggi nilainya. Kasih sayang yang wujud antara keduanya amat sukar untuk diungkapkan. 

Ya ALLAH kuatkan hatiku dalam menjaga, mendidik dan memberi kasih sayang kepada zuriatku ini, amanah daripadaMu dan suamiku."Menyemai rasa berinti cinta, menanam kasih bersulam rindu...hanya pada-MU ILAHI" Oleh itu sebagai ibu masih banyak ilmu yang perlu digali dan ditimba. Perlu cekal untuk mengharungi segala macam dugaan dan ujian. 

Melihat dalam diri ini terasa banyaknya kelemahan dan ruang-ruang kosong yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-

Ingatlah setiap kalian adalah pengembala dan setiap kalian akan ditanya tentang pengembalaannya, seorang suami/ayah pengembala atas ahli rumahnya dan dia akan ditanya tentang pengaturannya di dalam keluarganya dan seorang isteri/ibu merupakan pengurus atas ahli rumah suaminya dan anak-anaknya dan dia akan ditanya tentang pengurusannya. -Riwayat al-Bukhari, kitabul ahkam hal : 77-90

Petikan di dalam buku "bicaralah atas nama kasih"

Betapa besarnya peranan ibubapa. Muhasabah diri sendiri.  

Salam Sayang, Ummihanani 
-> teratak 23

2 comments:

  1. Bagi kak Yati, buat-buat sibuk walau pun tak sibuk, time husband outstation. Jadi, tak sempat la nak rasa sunyi ke, rindu ke, tengok-tengok, eh, dah balik.. hehhe...

    ReplyDelete
  2. Kak Yati,
    Betul tu kak..mmg itulah yg idah buat
    kekdng rasa mcm tak cukup masa aje..dgn anak2 yg aktif sesgt..cuma Hanani2 ni kerap teringat kat abahnya..

    ReplyDelete