Tuesday 17 May 2011

Puasa Hari Pertama

Bismillahirrahmanirrahim.  

Allahamdulillah syukur ke hadrat Ilahi berjaya juga nak berpuasa hari ini. Alhamdulillah dapat juga menahan godaan Syaitan Laknatullah. Tinggal lagi dua hari lagi qada puasa ganti. Tak lama lagi Bbulan mulia akan menghampiri bermula Rejab, kemudian Sya'aban menyusul seterusnya Bulan Ramadan AL Mubarak. Azam tahun ini kalau boleh nak puasa sunat dalam bulan2 mulia Rejab dan Sya'aban. Insya ALLAH. 

 Dugaan lapar alhamdulillah tidak dirasai. Berlalu seperti hari-hari biasa. Jadinya oklah waktu sahur hanya amik Shake HL+ sebiji pisang. Cuma minda sahaja asyik moody..Maybe kerinduan menjalar dalam saraf2 tunjang dan otak. hihihi. Hah amik! Sekarang ni siapa yang rindu sebenarnya. Adus bedebus...kan dah kena batang hidung sendiri.

Ye lah bila ada depan mata hati ni berbunga2 aje..rasa lengkap... bila tak de hah mulai rasa kosong+sunyi...Apa-apa pun itulah keindahan dalam perkahwinan. Walaupun rindu-rinduan ianya halal dan insya ALLAH memperoleh pahala. Semoga urusan kandaku akan dipermudahkan dan cepat2 balik...Kami semua sudah rindu bangat ni. Dan hujung2 minggu kami pun sudah berlalu macam mendung berarak mega...  

PANG!PANG!..... Sah kena tempeleng...baru berpijak dibumi nyata. Adoilah apalah idah ni..Sudah-sudah gi bawa2 solat dan mengaji, insya ALLAH beroleh ketenangan.

"Ingatlah Tuhan..janganlah berhenti Segala derita tidakkan rapati Lapang di dada tenteram dihati Menjadi penawar...tidak payah dijampi Dunia ini laksana pengkalan tempat berlabuh kapal berdagang tiap yang bernyawa tidakkan berkekalan tiba saatnya dipanggil pulang."
Salam Sayang, Ummihanani --> Teratak 23

No comments:

Post a Comment