Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Monday 10 January 2011

Jalan-jalan cari makan...RFC Kuala Terengganu

Hah tgk tajuk pun dah tahu kan.Ok berdasarkan entry 7/1 tu idah ada bgtau nak balik kampung kan?Tengahari tu en.Kanda buat keputusan nak balik kampung juga berikutan Ayah bgtau tiada jalan utama yang tersekat dengan air bah.Dalam jam 12.30tghari kami bertolak balik kampung.

Tunggu en.kanda solat jumaat dahulu kemudian baru gerak terus ke Kuala terengganu.Misi utama nak cari Radix Fried Chicken yang khabarkan sudah dibuka di sana.Penantian selama ini alhamdulillah akhirnya tercapai juga.




Lokasi RFC KT ni agak tersorok kerana betul2 berada di belakang Bangunan Yayasan Terengganu dan Stadium. En.Kanda bertanya dengan orang awam jalan untuk kelokasinya.hihi.Akhirnya alhamdulillah jumpa juga.Ketika kami sekeluarga tiba kat RFC tu pelanggan tak ramai sangat,maybe sebab hari Jumaat.



Suasana kat dalam RFC ni designnya lebih kurang sama dengan KFC, cuma yg bezanya kita selalu tgk kat KFC ada almari untuk perhiasan barangan kanak-kanak kan, tapi kat RFC ni mereka pamerkan produk-produk daripada pemilik terbesarnya iaitu Produk HPA Industries.









Menu yang disediakan juga pelbagai.Tak tahu nak pilih yang mana.Hari tersebut en.kanda order hidangan ayam+nasi tomato dan nasi herba.Minuman juga ada yang herba.Mmg idah suka.leh juga rasa makanan berherba kat sini.Bab ayam ada yang biasa dan organik.Time tu tak pasti pulak ayam apa yang en.kanda pesan samada biasa atau organik.Ada chicken chops wah leh try nnt.






Wah anak-anak idah mmg teruja masuk RFC sebab terdapat mini taman permainan kat dalam tu.Mereka pulak mmg sudah lama mengidam nak bermain di taman permainan.Memang seronok.Terdapat juga kanak-kanak lain. tempatnya bersih sebab perlu tanggal kasut kat situ.
Kalau dapat buat kat rumah sendiri taman permainan seperti ni bagus juga kan.

Dalam jam 3.30ptg tu RFC start dibanjiri oleh pelanggan.Time tu juga hujan sudah mula turun mencurah-curah...Dipendekkan cerita Idah memang suka RFC.Harap-harap ada lah jutawan kat paka/kerteh ni nak buka cawangan RFC kat sini.Kalau dekat lagi mudah.Oklah sekian utk kali ni.Sambung pulak dilain hari.Tak dapat nak menulis setiap hari.huhuhu kekangan masa ku.

Salam Sayang
ummu Hanani
Teratak 23 (5 Safar 1432H)

Sunday 27 June 2010

Cerita 2....aktiviti masak memasak...

Sambungan entry td...

Kali ni aktiviti idah hari Sabtu pulak...Bangun awal pagi tu otak dan minda idah telah memikirkan menu utk hari ni..ihik:) (tetiba rasa nak menulis tentang dunia masakan lak..) So idah pun merealisasikanlah rasa keinginan nak makan ketpat nasi+kuah kacang....mcm hari raya lak...ye lah menu utama utk juadah raya jarang dijumpai kalau bukan bulan perayaan.

Semua bahan2 cukup ut dimasak...so sebelum bermula...mcm biasa telefon mak dulu...hahahahahaha...sejak dari kawin sampailah dah ada anak 2...apa2 rasa nak masak sesuatu yang agak special mestu telefon mak dulu....ty resepinya...

Masuk dapur lebih awal sikit...semangat nak makan ketupat lah katakan...ihik:..
tadaaaaaaaaaaaaaaaa....inilah hasilnya...maaf ye resepi rasa malas nak tepek..so masukkn gambarnya aje..



bawah ni gambar close up bagi menu2 di atas :-


ayam masak merah buat en.kanda...



ketupat yang dipotong kecil2...memudahkan utk makan...nyum..nyumm..



kuah kacang versi idah kitchen...ihihi...rasanya manis sedikit sbb en.kanda suka manis...


Cerita 1....Kisahnya bermula

Assalamualaikum semua...
Lama juga rasanya tak berupdate blog ni...Seperti biasa idah tak de idea nak mengarang...almaklumlah bab2 penulisan idah mmg agk kurang sikit...sejak dr bangku sekolah lagi..so kalau nak minta buat karangan ni alahai mmglah agak lambat sikit...namun jika buat point2 penting mmg idah suka...ihik...cerita kali ni idah nak cerita aktiviti sepanjang dua hari cuti Jumaat Sabtu..

Mcm biasa selalunya kalau cuti, itulah masa utk Abahnya menghabiskan masa bersama puteri2nya...itupun jika Abahnya tak mengadap laptop dan kejenya...dah memang hobi abahnya...So Jumaat lalu Abahnya ada program Al-Falah..igtkan mmg tak keluarlah minggu ni..lagi pulak ada sahabat maya Idah kata nak datang rumah amik Maajun Anggun Bistari...Dalam jam 12.30thnr En.Kanda pun balik drpd program...dan bertanya:-

E.Kanda :- Ermmm nak keluar tak petang ni?

Idah: Keluar? erm...malas lah pulak...nak gi mana ye?

E.Kanda :- ikutlah....

Idah:- erm...kan kawansayang kata nak datang rumah...kan dah bgtau abang maring...

En.Kanda :- a'ah iye tak iye...kul bape dia nak datang? bgtaulah dia kita nak keluar...leh juga bawa anak2 jalan2 kat M.Mall...sian diorg duk rumah aje..( waktu puteri2 dgn kata nak keluar bukan main sonok lagi....)

Idah:- alahai...nak kemana ye...(ikut rasa malas...bila pandang wajah anak2...)...oklah juga..kebetulan nak masukkan cek dr WWN hari tu..leh singgah bank...(dalam pala ni masih memikirkan lagi....sampailah jam 3petang...)


Akhirnya jadi juga keluar...alau ikutkan mmg idah malas nak keluar..disebabkan ada hal so pergi jugaklah..sampai aje kat MMall tu...ramai juga org..penuh...maybe sbb hujung bulan kan...destinasi pertama Bank..nak masukkan cek dr WWN...lepas tu bawa puteri2 ni jalan2 sekitar M.Mall...sambil2 tunggu en.Kanda habis program....Jom tgk apa aktiviti puteri2 Idah buat..tak byk sgt gambar....ini antaranya:-



kelaka tengok gelagat si kakak melayan adiknya makan jagung manis dan minum..pandai dah suapkan adiknya makanan...selalu pesan kat dua beradik ni..."kalau sikit makan sama sikit(share)...byk sama byk...jgn ada sifat kedekut...Allah tak suka...Jgn membazir Allah tak suka juga"..Alhamdulillah skng kakak faham...bila adiknya buat sesuatu yg mungkin pd dia tak elok..dia akan guna ayat yang umminya selalu sebut..." aicah(bahasa dia)...jgn buat cenggitu..Allah tak suka"...bila Idah dgr senyum aje...



ini bahagian food court yang terdapat kat Mesra Mall....byk pilihan kedai makanan..


Kedai@gerai2 makanan dan minuman...


ini pulak aktiviti yang selalu si kakak dan adik minta..nak main "boling..." sbbnya permainan duk dalam pusat boling...sbb tu setiap kali dtg M.Mall ni mesti dorg kata nak main boling....masa mula2 dulu pening juga nak faham kehendaknya..skng dah tau...



gaya seorg Juru terbang sedang nak menaikkan pesawatnya...ihik:)