Showing posts with label Wishlist. Show all posts
Showing posts with label Wishlist. Show all posts

Saturday 1 January 2011

Entry Pembukaan Tahun baru 2011











Aktiviti cuti di Tahun Baru 2011, bawa Hanani keluar jalan-jalan di samping membeli belah barang-barang keperluan dapur. Seronok tengok hanani bergumbira. Makan-makan dan main bowling( ini istilah Hanani2 Idah namakan permainan kete2 tu)..

Ok tahun baru dah menjelma. Mesti ada azam dan wish list baru kan?
Idah pulak yang 2010 dah tak ingat pulak...Boleh?Sah2 kena tarik telinga...bukan apa sbb idah ni bukan jenis suka mencatat, namun azam tahun ni nak kena rajin mencatat dan menulis...

Azam tahun ni:-

1.Nak kurus- walau apa cara pun kena buat ni..nak dapatkn berat ideal supaya bila pakai baju ke,jalan2 dgn asben ke rasa berkeyakinan sikit..Target 20kg.Insya ALLAH.

2. Nak rajin berblog-hihihi harap2 tahun ni dapat tulis sehari satu entry.

3.Dalam Bisnes- nak tingkatkan target sale

cukuplah 3 dulu...nnt2 sambung dan pikir lagi..

Friday 1 October 2010

My New Wallet

Salam kasih buat semua...

Dah lewat malam, idah mula menulis entry baru.Alhamdulillah berkat daripada arus pemodenan dunia online shopping kini memudahkan urusan.Idah sejak tahun 2006 lagi sudah mula berjinak-jinak dengan shopping secara online.Best juga walaupun produk agak terhad apa yang dipamerkan namun masa untuk shopping tu fleksibel.Semuanya dihujung jari sahaja.

Dalam wishlist idah, nak beli wallet baru.Sudah lama idah pendamkan hasrat ni.Ada juga lihat2 kat shopping mall tapi alahai harga menjadi satu masalah dan juga paternnya banyak yang idah tak minat.So bermula pencarian wallet baru sejak dari bulan Jun 2010 lagi..lama tu...Al-kisahnya wallet yang baru dibeli dalam bulan Feb 2010 tu dah koyak bahagian tempat isi gambar tu.Malu pulak bila en.Kanda kata ermmm dah koyak wallet ummi.

Dipendekkan cerita, hari Ahad lepas 26/09/2010 terjumpa satu kedai kat FB.Wah banyak sungguh koleksi handbag dan wallet.Apa lagi pucuk dicita ulam mendatang, akhirnya terbekenan dengan wallet dan handbag.Setelah di timbang-timbang kos-kos lain(ntah tak tahu bape kg timbangan utk buat keputusan), antara wallet dan handbag, maka nya akhirnya idah lebih memerlukan wallet.Harga wallet tu pun ada sale. So memang kena dengan bajet idah dan yang paling penting kena dengan citarasa idah. Dari segi designnya,warna dan kualitinya.

En.kanda tak tahu lagi ni, maybe lepas baca entry ni dia akan tanya.Ihik....wishlist utk beli handbag maybe simpan untuk bulan depan2 pulak.Berkenan sangat dengan jenama Coach dan Bonia (yang imitation udah ler..ori dok mampu ambe). Jom tgk wallet baru idah.Gambar kredit drpd link Haslina Redshop :-

Jenama : PRADA
Saiz : 18.5 (P)
Harga : RM 28.00