Wednesday 30 December 2009

10 Sebab Doa Di Tolak

Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :
"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia
dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya : "Ya Abu Ishaq,
Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku
kabulkan. Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan
!".
Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu
sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.

Friday 18 December 2009

~Salam Maal Hijrah~









Pesan Imam Al-Ghazali:
" Yang dekat itu MATI,Jauh itu MASA,Besar itu NAFSU,Berat Itu AMANAH,Ringan dan Indah itu SOLAT."

sedikit kata-kata:

"Dalam kita melangkah,terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Peritnya terasa tetapi ketahuilah dan renungkanlah kembali ke dalam diri...Mungkin DIA(ALLAH) hadirkan airmata tika itu untuk kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan. Semoga kita sabar dan ditetapkan iman....waallahu'alam..."

yang baik datangnya dari ALLAH...yang buruk datangnya dari kealpaan diri saya sendiri..jika terdapat salah dan silap harap maaf dan diperbetulkan...Salam Maal Hijrah 1431H....semoga penghijrahan kita pada tahun baru ini akan membawa 1001 rahmat dan kebaikan buat diri kita...amin...waallahu'alam...


Wednesday 16 December 2009

~Syukur Alhamdulillah...~

"Dimulakan dgn Bismillah
Disudahi dgn alhamdulillah... 
Begitulah sehari dalam hidup kita...
mudah-mudahan diberkati Allah..." 

 Sukanya hati idah hari ni...nak tau nape?
 Hah..igt tak entry sebelum pasal satu contest buku inspirasi?

Syukur alhamdulillah, Idah terpilih sebagai salah seorg 12 pemenang walaupun bukan dapat tempat pertama dan kedua serta tidak berjaya memiliki buku-buku idaman tersebut.

Namun tetap bersyukur sbb terpilih sbg top 10 Pemenang Penghargaan....iaitu 

(Artikel akan dimasukkan dalam salah satu projek penulisan, blog pilihan dalam diari naufal) 10 Pemenang Kategori Penghargaan 10 Pemenang Penghargaan (Artikel akan dimasukkan dalam salah satu projek penulisan, blog pilihan dalam diari naufal) 

1.Sitisifir- http://sitisifir10.blogspot.com/ 
2.Wan Anie- http://tintacomellote.blogspot.com/ 
3.Nor Azura Abdullah - http://comeybelako.blogspot.com/ 
4.Faziatun Nisa - http://fazya.blogspot.com/ 
5.Normi Hj. Mat Yusof http://kedaihuffaz.blogspot.com/ 
6.Siti Mariam binti Mohamad Morshidi- http://gerairizqi.blogspot.com/ 

7.Ummu Hanani- http://ummihanani.blogspot.com/ 

8.Kak Chik - http://keluargakusayang.blogspot.com/ 
9.Mommy Lyna-http://mysuperkids.net/ 
10.Salwa-IbuKauthar.Com 

(Mohon emailkan saya jawapan peraduan- pn.masayu@gmail.com) 

 Apa yang idah lakukan ialah menghantar email: 1. Nama mengikut Kad Pengenalan (cth. Masayu Ahmad) >> Nanti idah pos kat entry cik MAsayu ye... 2.Gambar pilihan, sama ada gambar profile anda atau gambar bersama 

Ok ini gambar pilihan idah:

Saturday 14 November 2009

Assalaumualaikum semua..
Dalam kesibukan sebagai suri rumahtangga dan buat bisnes SOHO ni, membataskan masa untuk berblog...Oleh kerana semalam, kesibukan tu kurang sedikit sempat juga idah blogwalking kat blog KakChik. Boleh kata hari-harilah idah masuk blog kakchik ni....baca entry baru....tup-tup nampak kakchik join satu contest berkaitan dgn buku...wah terujer juga..sbb dulu idah ni boleh kata "Ulat Buku" cuma sejak kawin ni hobi dan minat tu slow sikit...bila masuk blog Diari Naufal terus baca entry nye...tgk hadiah...wow...mmg menarik!!!...

So sebagai memenuhi syarat2 contest Buku Inspirasi Contest, idah perlu jawab beberapa soalan:

1.Apakah status anda kini?

Erm...ada 6 pilihan jawapan...so pilihan jawapan idah ada dua yang rasanya tetap untuk status terkini:
b.Wanita bekerja dari rumah (WAHM)
d.Bisnes atau bekerja sendiri (SOHO)


Laman web perniagaan saya :

Produk Kesihatan&Kecantikan: http://kedainiaga.com
Produk Busana Muslim : http://kedainiaga.com/abaya


2.Apakah impian anda pada masa hadapan?
Impian idah pada masa hadapan insya Allah ingin memiliki sebuah butik muslimah seperti HAJABA yang serba lengkap untuk semua golongan samada yang sederhana hinggalah yang berada. Di samping itu idah juga berimpian untuk membuka sebuah SPA Kecantikan dan Kesihatan yang memfokuskan kepada muslimah. Harapan idah semoga idah akan berjaya menguruskan dan melebarkan sayap perniagaan ini secara maya dan nyata. Di samping ingin menjadikan perniagaan ni sebagai satu warisan buat anak-anak idah..Insya Allah.
Idah ingin menjadi seorg anak, adik, isteri, ibu dan usahawan yang berjaya serta menjadi contoh terbaik anak-anak idah. Semoga dipermudahkan.

ok buku pilihan idah :





Alhamdulillah sudah terjawab soalan2nya..Harapan..semoga terpilih sebagai pemenang...Boleh jadikan buku hadiah ni untuk menambahkan ilmu dalam dunia perniagaan. So kepada sesiapa yang nak join contest ni..sila..sila...



http://naufalsayang.blogspot.com/2009/11/jom-sertai-buku-inspirasi-contest.html