Saturday 30 October 2010

Diriku Dan Dirimu Berbeza,Namun Kita Sama-Sama ISTIMEWA



Diriku Dan Dirimu Berbeza,Namun Kita Sama-Sama ISTIMEWA


LELAKI:

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh, manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya…

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yg belum berkahwin, dan dosa anak lelaki yg belum baligh. Sedangkan perempuan berkahwin tidak perlu menanggung dosa-dosa ini semua.

Berat, kan?

Hukum menjelaskan bahawa anak lelaki harus bertanggungjawab ke atas ibunya, dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya itu, maka dosa baginya, terutama bagi anak lelaki yg tua (sudah cukup dewasa), manakala perempuan tidak dibebani dengan tanggungjawab begini. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri yg berbuat baik, ganjaran pahala dapat kepadanya, dan kalau berbuat yg tidak baik, maka dosanya ditanggung oleh suaminya. Berat, kan??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri, tetapi isteri tidak dikenakan kewajiban tersebut. Walaubagaimanapun, isteri dibolehkan membantu suami dalam urusan mencari rezeki. Tetapi harus diingat, HARAM bagi seorang suami bertanyakan pendapatan isterinya, apatah lagi jika suami tersebut menggunakan pendapatan isterinya tanpa izin!

Ada banyak lagi yg lelaki (lebih-lebih lagi yg bergelar suami) perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yg ditanggungnya, boleh diumpamakan seperti gunung dengan semut. Justeru itu, tidak hairanlah apabila mengikut kajian yg dibuat, nyawa orang perempuan dikatakan lebih panjang berbanding lelaki. Ini kerana mengikut kajian, lelaki dipercayai mati cepat kerana tidak tahan lagi dengan beratnya dosa-dosa yg ditanggungnya.

Tetapi ingatlah dan yakinilah, setiap yg diciptakan Allah SWT pastinya ada kelebihannya tersendiri. Orang lelaki juga pastinya ada keistimewaannya yg dianugerah oleh Allah SWT.


WANITA:

>> Auratnya lebih susah dijaga jika dibandingkan dengan aurat lelaki.>> Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya (suami tidak perlu meminta izin isteri apabila mahu keluar rumah).>> Saksinya kurang berbanding lelaki.>> Menerima pusaka kurang dari lelaki.>> Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.>> Wajib taat kpd suami, sedang suami tidak perlu taat kpd isteri.>> Kurang dlm beribadat ekoran haid & nifas yg tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Secara zahirnya, senarai di atas menunjukkan seolah-olah wanita merupakan golongan yg kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan lelaki. Tetapi pernahkah kita melihat serta menilai perkara ini dengan pandangan dan pemikiran yg positif?

Kita sedia maklum, benda yg mahal harganya pastinya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersembunyi dan selamat. Maka sudah pastilah intan permata tidak akan dibiarkan bersepah-sepah, kan? Begitulah juga bandingannya dgn seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami, tetapi suami wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu juga merupakan seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki, itulah hakikatnya. Tapi harus diingat, harta pusaka yg diterima cuma sedikit itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sedangkan lelaki yg menerima pusaka yg banyak itu perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak, dan ini sama sekali tidak dialami oleh lelaki. Tetapi ketahuilah, di sebalik kepayahan tersebut, setiap saat dirinya didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah SWT di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan, merupakan syahid kecil, dan dosanya (dosa kecil) diampun oleh Allah SWT.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita: (1) isterinya, (2) ibunya, (3) anak perempuannya, dan (4) saudara perempuannya. Manakala bagi seorang wanita pula, tanggungjawab terhadap dirinya ditanggung oleh empat orang lelaki: (1) suaminya, (2) ayahnya, (3) anak lelakinya, dan (4) saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan empat syarat sahaja: (1) tidak meninggalkan solat lima waktu, (2) berpuasa di bulan Ramadhan, (3) taat kepada suaminya, dan (4) menjaga kehormatannya.

Jika difikir-fikirkan, seorang lelaki perlu pergi berjihad fii sabiilillah, tetapi bagi seorang wanita, jika dia taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka dia akan turut menerima pahala yg sama seperti pahala orang pergi berperang fii sabiilillah walaupun tanpa perlu mengangkat senjata.

MaashaALLAH... betapa sayangnya ALLAH SWT kepada wanita... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...dirimu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itulah DIA mengangkat dirimu menjadi pemimpin, dan sesungguhnya kuasa talaq juga ada di tanganmu... Dengan keistimewaan yg diberikan ini, maka JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 (baik lelaki mahupun wanita) dapat pulang menghadap Allah SWT dalam keadaan istimewa di sisi-Nya…


Artikel asal:- Idah copy from FB Mohd Najib

Monday 25 October 2010

Pinjam kemudian jual,Ambil untung&Komisyen Wakil

Salam sayang dan selamat petang buat semua,

Apa khabar suri-suri rumahtangga dan blogger-blogger sekalian.Harap sihat belaka hendaknya.Rasa semangat berkobar-kobar pulak nak update blog hari ni.Masuk sesi petang pulak.Selalunya tengah-tengah malam baru dapat update blog.Salah satu sebabnya Hanani Idah yang no.2 tu alhamdulillah sudha pisah susu.Syukur alhamdulillah berjaya breastfeeding 2tahun untuk Aisyah.Mungkin itulah hikmahnya ummi jadi suri rumah sepenuh masa.

Ok berbalik kepada tajuk entry hari ini, idah nak kongsikan kepada semua penjelasan UZAR mengenai hukum mualamt dalam urusan jual beli dan urusniaga. Semoga ianya dapat menjawab persoalan yang pernah di tanya oleh kawan-kawan tentang konsep "dropshipping" yang idah lakukan dalam bisnes idah.


Gambar kredit to google

SOALAN

Saya nak tanya satu persoalan. Katalah saya hendak menjual beg kepada kawan saya A dengan harga RM30 sebuah. Kawan telah ambil beg dan bawa balik rumah dengan tujuan nak tunjuk anak dia dahulu.

Tiada akad jual beli lagi kerana dia belum kata nak beli dan belum bagi duit pada saya lagi. Esoknya dia jumpa saya kata dia dah jual kepada anak kawan dia B, dengan harga RM35.

Persoalannya adakah keuntungan yang diambil oleh kawan saya itu dikira RIBA' kerana antara saya dan dia belum lagi berlaku akad jual beli sedangkan dia sudah menjual beg itu kepada kawan dia dengan harga yang lebih tinggi? Harap ustaz dapat jelaskan. Terimakasih

- Melalui ruangan komentar -

Jawapan UZAR :

Sebelum saya menjawab soalan anda, ingin saya terangkan bahawa apa yang anda sebutkan iaitu :

"Saya nak tanya satu persoalan. Katalah saya hendak menjual beg kepada kawan saya A dengan harga RM30 sebuah. Kawan telah ambil beg dan bawa balik rumah dengan tujuan nak tunjuk anak dia dahulu. "

Isu Pertama : Jika Rosak Dalam Simpanan

Walaupun tidak ditanya tetapi anda perlu tahu kesan hukum dalam pinjaman ini jika beg tersebut rosak dalam simpanan anda. Ia dinamakan sebagai "Qabdu As-Saum" قبض السوم di dalam istilah Fiqh, dari sudut jenisnya, ia termasuk dalam kategori "Yad Ad-Dhaman"; kesannya adalah jika barang itu rosak semasa dalam pegangan anda, anda perlu gantikannya walau apa jua sebabnya, termasuklah jika berlaku sesuatu yang bukan kelalaian anda seperti tiba-tiba banjir sehingga beg tersebut rosak. Jika ia dicuri, anda juga perlu menggantikannya sama ada mengganti dengan barang yang sama atau harganya [1] kepada pemilik yang membenarkan anda membawa balik tadi.

Kaedahnya adalah : -

الضمان عبارة عن ردّ مثل الهالك إن كان مثلياً وقيمته إن كان قيمياً

Ertinya : Tangan ad-Dhaman membawa keperluan menggantikan serupa dengan apa yang rosak (jika ia dari jenis harta Misliah (yang serupa antara satu sama lain seperti beras dengan beras yang lain), dan perlu diganti nilainya jika ia dari jenis harta "qimiah" (seperti kambing yang tidak sama antara satu sama lain) [2]

Isu Kedua : Peminjam Jual Dengan Harga Lebih Tinggi Tanpa Makluman

Dalam isu kedua ini, keuntungan yang diperolehi kawan anda itu bukanlah riba,tetapi ia termasuk dalam kategori larangan kerana menjual benda yang tidak dimiliki olehnya lagi.

Namun mungkin ada yang akan mengatakan bahawa situasi yang berlaku kepada anda tadi boleh dianggap sebagai seperti Bai Al-Fudhuli atau belian tanpa disuruh. Contoh : Adik anda beli buku tanpa anda suruh dan kemudian dia datang kepada anda dan minta anda bayar harga buku itu kerana buku itu dibeli bagi pihak anda kerana katanya dia pasti anda akan beli jika anda jumpa buku itu atau lain-lain sebab.

Hukum : Dalam konteks contoh di atas, belian al-Fudhuli ini dianggap mawquf atau hukumnya tertakluk kepada persetujuan anda. Jika anda setuju, ia sah dan halal serta perlulah anda membayar kepada adik anda itu. Jika anda tidak setuju, adik anda perlu menanggung sendiri kosnya dan buku itu miliknya.

Tetapi : Dalam konteks apa yang berlaku kepada anda, pada hemat saya ia tidak boleh disamakan dengan bai al-Fudhuli berdasarkan hadis berikut :-

قال يا رَسُولَ اللَّهِ يَأْتِينِي الرَّجُلُ فَيُرِيدُ مِنِّي الْبَيْعَ ليس عِنْدِي أَفَأَبْتَاعُهُ له من السُّوقِ

فقال لَا تَبِعْ ما ليس عِنْدَكَ

Ertinya : "Wahai Rasulullah : Telah datang kepada aku seorang lelaki dan ia ingin dari untuk menjualkan kepadanya sesuatu yang tidak aku miliki, adakah boleh untukku menjual kepadanya apa yang ada di pasar, Baginda menjawab : Jangan kamu menjual benda yang belum kamu miliki" [3]

Al-Mubarakfuri dalam kitabnya Tuhfatul Ahwazi :

دليل على تحريم بيع ما ليس في ملك الإنسان ولا داخلا تحت مقدرته وقد استثنى من ذلك السلم فتكون أدلة جوازه مخصصة لهذا العموم

Ertinya : Hadis ini dalil haramnya jual benda yang tidak dimiliki dan tidak termasuk dibawah milik dan kemampuannya, diberikan penegecualin dalam bab Bai ‘ As-Salam kerana terdapat dalil khusus yang mengecualikannya dari umum hadis ini. (Tuhfatul Ahwazi)

Beliau menjelaskan lagi, haram menjual sesuatu yang belum di dalam milik anda tatkala aqad jualan dibuat.

Inilah yang berlaku dalam kes dan soalan anda. Peminjam tersbeut telah menjualnya sebelum membeli dari anda.

Kaedah Jadikannya Halal

Padahal amat mudah untuk mengelakkan transaksi tadi dari menjadi tidak sah iaitu, dengan melakukan salah satu antara dua perkara ini :-

a) Peminjam tadi boleh dengan segera menghubungi anda sebelum menjual dan membeli melalui telefon sahaja, aqad juga melalui telefon. Sejurus anda menjual dan dia membeli dari telefon, dia terus halal untuk menjualkannya kepada adiknya walalupun dia belum lagi membayar apa-apa kepada anda.

b) Jika anda tidak ingin menjualkan kepadanya, melalui telefon juga, anda boleh mewakilkannya atau appoint him/her as an agent. Dengan aqad itu, dia telah menjadi wakil anda, tatkala itu halal baginya menjual kepada adiknya. Adapun untuk menjual dengan harga berbeza iaitu RM 35 sedangkan harga asalnya RM 30. Ia boleh menjadi halal dan haram dalam keadaan berikut :-

*
Haram : Anda selaku pemilik mewakilkannya untuk menjual dengan harga tertentu iaitu RM 30 dan telah disebutkan bahawa komisyennya sebagai agent adalah 10 % dari harga tersebut. Tiba-tiba ia degil atau secara senyap menjual dengan harga yang lebih tinggi seperti RM 35. Tatkala itu RM 5 adalah tidak sah. Jenis pewakilan ini disebut : ‘Wakalah Muqayyadah', apabila ini berlaku bermakna agent anda telah breach atau mengkhianati kontrak wakil.
*
Kecuali jika wakil itu berjaya menjual dengan harga lebih baik dari yang ditentukan seperti RM 35, lalu seluruh kos baru itu diserahkan kepada pemilik, dan komisyen wakil akan berubah kepada 10% dari RM 35 berbanding 10 % dari RM 30 sebelum ini. ketika itu ia adalah harus.[4]
*
Halal : Anda selaku pemilik menwakilkannya untuk menjual tanpa menghadkan harga tertentu, seperti pemilik sebut "harganya RM 30, dan komisyen anda tertakluk kepada harga yang anda sendiri tentukan ketika jual, jika anda berjaya jual RM 40, maka RM 10 itu adalah komisyen anda, yang penting RM 30 adalah milik saya". Ini dinamakan Wakalah Mutlaqah dari sudut harga.

Dalam kes soalan anda, kesimpulannya adalah pendapatan kawan anda hasil jualan kepada anak kawannya adalah tidak sah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

6 Feb 2008

Salam Sayang
Ummu Hanani
Teratak 23

Sunday 24 October 2010

Abaya oh Abaya. Hitam menjadi pilihan!

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua, Ok td Idah ada jenjalan kat blog kakchik. Ada posting pasal design terbaru abaya.Koleksi daripada aab.Unik kan nama websitenya.Mudah untuk igt. Lepas tu idah pun masuk website aab td.wow teruja pulak melihat setiap design abaya dalam koleksinya.

Setiap abaya dikhususkan.Ada utk koleksi yang sesuai pakai hari-hari, ke pejabat, majlis2 rasmi, klasik, malah untuk abayaat untuk wanita yang hamil pun ada di samping pilihan untuk haji dan umrah.Pada Idah design nya moden dan kotemporari.Jika berminat boleh lah masuk website AAB ye. 

 Salah satu contoh gambar utk koleksi Abaya ibu hamil:-

 
Bila buka cerita pasal abaya ni, baru idah teringat.Semalam masa idah hadiri Ijtima' PAS kat Batu Rakit masyaALLAH ramai sungguh peniaga-peniaga membuka gerai(booth) menjual pakaian muslim dan muslimah.Koleksi jubah lelaki,kanak-kanak dan wanita dalam pelbagai pilihan.Harga pun murah-murah.Koleksi tudung2 labuh yang biasa dan bersulam pun banyak. 
 
Sempat jugak idah membeli sehelai tudung labuh warna hitam. Suka tgk bilamana hadiri majlis-majlis begini, ramai kalangan peniaga yang menjual koleksi busana muslim/muslimah.Alhamdulillah. 
 
 
 
1st pic:- gambar kedai jubah utk lelaki dan kanak-kanak manakala pic 2nd tu koleksi abaya di salah satu kedai yang terdapat kat situ.Cantik dan murah aje tau.serendah RM75.00.Material kainnya ok.Tak panas.
 
  
 
Pic 3 dan 4 ni waktu idah pilih tudung,Wah rambang mata sebab semua koleksi warna nya lembut dan bersulam.ada sulam tebal dan nipis.Ada juga jenis biasa. Hargapun berbaloi dan berpatutan.
 
Salam Kasih Ummu Hanani Teratak 23

Saturday 23 October 2010

Sekitar Majlis Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu

Aktiviti:- Sekitar Majlis Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu
Tarikh :- 22okt - 23okt 2010 (14-15 Zulkaedah 1431)
Tempat :-Kampung Tanjung Batu Rakit Kuala Terrengganu
Gambar :- Koleksi Idah (jangan copy ye)