Saturday 1 January 2011

Entry Pembukaan Tahun baru 2011











Aktiviti cuti di Tahun Baru 2011, bawa Hanani keluar jalan-jalan di samping membeli belah barang-barang keperluan dapur. Seronok tengok hanani bergumbira. Makan-makan dan main bowling( ini istilah Hanani2 Idah namakan permainan kete2 tu)..

Ok tahun baru dah menjelma. Mesti ada azam dan wish list baru kan?
Idah pulak yang 2010 dah tak ingat pulak...Boleh?Sah2 kena tarik telinga...bukan apa sbb idah ni bukan jenis suka mencatat, namun azam tahun ni nak kena rajin mencatat dan menulis...

Azam tahun ni:-

1.Nak kurus- walau apa cara pun kena buat ni..nak dapatkn berat ideal supaya bila pakai baju ke,jalan2 dgn asben ke rasa berkeyakinan sikit..Target 20kg.Insya ALLAH.

2. Nak rajin berblog-hihihi harap2 tahun ni dapat tulis sehari satu entry.

3.Dalam Bisnes- nak tingkatkan target sale

cukuplah 3 dulu...nnt2 sambung dan pikir lagi..

Saturday 18 December 2010

Bicara Pedusi..hihihi suspen shj kan..

“Wahai manusia yang paling bahagia….kerana agama & etika…meskipun tanpa permata, kalung & emas yang menghiasi…melainkan berkat tasbih yang selalu dibacanya…bagaikan berita gembira, bagaikan hujan, bagaikan fajar, bagaikan sinar & bagaikan awan…dalam sujud, dalam doa…dalam sikap merasa dalam pengawasan Allah, dalam pemikiran yang bersumberkan dari cahaya Lauh & kitab-kitab yang juga dipesankan oleh cahaya wahyu yang diturunkan di gua, yang darinya Rasul Tuhanmu…dapat menguasai bangsa Romania & bangsa Arab…engkau adalah manusia yang paling bahagia di dunia… berkat keyakinan yang ada…dalam kalbumu yang suci…lagi penuh ketaatan…”

Monday 6 December 2010

Terima Award Blog

Assalamualaikum semua

Sudah 6hari tiada posting dr Idah kat blog ini. Huhuhu sesungguhnya tahap "M" tu semakin meninggi kan..Hari ni nak update untuk posting pasal award blog.Maaf ye kak fyda idah lewat amik award daripada akk. Hari ni baru ada kesempatan berikutan Idah teramat-amat kebosanan. terima kasih kak fyda...Ok jom tgk apakah award yang kak fyda beri:-


Monday 29 November 2010

GROLIER - In Home Learning Expert

Salam sayang buat semua,

Entry ni sepatutnya idah tulis bulan punya, namun tidak berkesempatan untuk idah menulis. Hari ini alhamdulillah cuba curi-curi masa yang ada untuk masukkan entry ini. Anda pernah dengar pasal GROLIER tak? Pada mulanya idah memang tak tahu apa itu GROLIER. Daripada seorang sahabat maya dia beritahu apa itu GROLIER dan apakah kebaikannya. Dia bercerita kerana keluarganya sendiri telah pun mencuba dan alhamdulillah berjaya adik beradiknya menguasai Bahasa Enggeris dengan baik sekali.

Makanya pada bulan lepas, kebetulan En.Kanda baru pulang dari Offshore setelah hampir seminggu di sana pulang. En.Kanda suggest nak bercuti dan jalan-jalan di Kuantan. Almaklumlah seminggu dilaut kan...rindu kat anak2 dan isteri(cewah ayat...hihih) Dalam byk2 tempat berjalan, kami sempat ke ECM(EAST COST MALL). Hah kat situ lah Idah jumpa Kedai Buku GROLIER ni..Ooooppsss terpikat lak pulak Idah..Dulu dah pernah dah pergi sekali, tapi tak bersedia lagi.

So mcm biasalah kan jurujual tersebut menggunakan semua skill yang ada padanya untuk menarik minat ummi hanani ni untuk membelinya. Anak-anak idah usah kata lah, rasanya tgk pd keadaan mmg mereka tak mahu keluar dari dunia tersebut. Dah dapat buku, tempat pulak menarik minat mereka...adoilah...mcm2 pujuk ajak keluar tak de maknanya.Akhirnya umminya melanggan jugaklah...Melabur demi pendidikan anak-anak, berbaloi insya ALLAH.

Cuma Idah nak tanya jika ada di kalangan blogger-blogger yang sudah pun memilikinya, dan sudah pun menggunakan sepenuhnya sistem ini, silalah berkongsi keberkesanannya. Ada testimoni lagi baik. Idah nak juga tahu sejauh mana berkesannya. Idah sedang dalam proses menggunakan untuk anak-anak Idah yang berusia 3tahun dan 2tahun.


Suasana di dalam Kedai tersebut, betapa khusyuknya anak-anak idah membelek permainan LOGICO.


Jurujual tersebut sedang memberi keterangan pada En.Kanda.Sebelum tu Idah. Sekarang ni tgh pujuk en.Kanda pulak..hihihi..drpd yang basic idah nak, en kanda tambah pulak koleksinya...


Suasana yang begitu menyenangkan dan menyeronokkan buat kanak-kanak. Love book. kalau boleh nak buat mcm ni juga kat rumah sendiri...Insya ALLAH. Tanam minat membaca pada anak-anak sejak dari kecil.


Keterangan yang lebih detail anda boleh rujuk link berikut :- http://www.scholastic-asia.com/gasia/


Salam Sayang,
Ummu Hanani
Teratak 23